Pelajar Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Nur Zulaikha Romzi 21 (kiri) bersama rakannya mengemas pakaian ketika membuat persiapan awal sebelum mendapat kebenaran pulang ke kampung halaman selepas tinggal di asrama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan dalam proses hantar pulang 1,986 pelajar

SHAH ALAM, 31 MEI: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam proses menghantar pulang 1,986 penuntut universiti yang masih berada di kampus dalam tempoh terdekat, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob berkata KPT sudah menghantar pulang 56,445 pelajar universiti sejak 27 April lalu sebelum dihentikan susulan sambutan Aidilfitri.

“Hari ini juga seramai 358 pelajar dijadualkan untuk dihantar pulang melalui tiga penerbangan iaitu Kuala Lumpur-Kota Kinabalu (165 pelajar), Kuching-Kota Kinabalu (166 pelajar) dan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur (27 pelajar),” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Proses menghantar pulang penuntut universiti disambung semula pada Selasa lalu.


Pengarang :