BUDAYARENCANA

Resipi kuarantin masam manis

 

Air sejuk dilumurkan secukupnya
kalimah cinta ditambah bancuhan doa
sedikit sinar sang mentari
udara segar ekstra dari bumi
rendam kuarantin beberapa hari dalam minda
sehingga mengembang lembut ke jiwa
tumis kreativiti, kerja, hobi sampai garing
larutkan masalah dengan senyuman di wajah
tambah perasa gula dengan keluarga sakinah
gaul sebati segala bahan sehingga empuk.

Hidang buat keluarga dan sanak-saudara
serta rakyat jelata seantero dunia
bungkus, hantar bersama-sama sekeping doa
moga kuarantin masam manis berjaya
menghasilkan manusia yang bersyukur sentiasa.

 

Asyiqin Adir


Pengarang :