AGENSISELANGOR

Bekalan air di Sepang, Petaling dijangka pulih 6 petang esok

SHAH ALAM, 3 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjangkakan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Bandar Bukit Puchong di Sepang dan Petaling akan pulih sepenuhnya pada jam 6 petang esok, kata ketua komunikasi korporatnya.

Elina Baseri berkata kerja-kerja pembaikan paip yang dijadualkan selesai pada jam 10 malam tadi tidak dapat disiapkan kerana kedalaman kerosakan melebihi lapan meter di dalam tanah.

“Kerja-kerja korekan juga terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat pada waktu siang hingga menyebabkan kerja-kerja pembaikan lambat disiapkan.

“Insiden paip pecah ini pada awalnya menyebabkan gangguan bekalan air di 40 kawasan, seperti yang telah dimaklumkan di aplikasi Air Selangor pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lori-lori tangki di Bandar Bukit Puchong digerakkan bagi membantu pengguna terjejas susulan paip pecah di pintu masuk Apartment Baiduri Court di Bandar Bukit Puchong 2.

Katanya, penyaluran bekalan air alternatif dari sumber berjaya dikurangkan kepada 17 kawasan seperti berikut:

Wilayah Petaling

– Bandar Bukit Puchong 1
– Bandar Bukit Puchong 2
– Bandar Bukit Puchong 3
– Bandar Bukit Puchong 4
– Bandar Bukit Puchong 5
– Bandar Bukit Puchong 6
– Bandar Bukit Puchong 7
– Bandar Bukit Puchong 8
– Bandar Bukit Puchong 9

Wilayah Sepang

– Bandar Bukit Puchong 10
– Bandar Bukit Puchong 11
– Bandar Bukit Puchong 12
– Bandar Bukit Puchong 13
– Bandar Bukit Puchong 14
– Bandar Bukit Puchong 15
– Bandar Bukit Puchong 16
– Bandar Bukit Puchong 17


Pengarang :