Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima. Foto Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

120 ibu terima bantuan lampin pakai buang, susu formula bayi

SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 120 ibu golongan B40 yang mempunyai anak kecil menerima bantuan lampin pakai buang dan susu formula bayi minggu lalu.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata inisiatif Pusat Wanita Berdaya (PWB) itu dilaksanakan selepas melihat golongan berkenaan terkesan susulan penularan Covid-19.

“Ada antara mereka berniaga kecil-kecilan dan ada yang tidak boleh bekerja lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebab itu kita bantu meringankan beban mereka,” katanya kepada SelangorKini.

Azmizam berkata bantuan itu akan diteruskan lagi memandangkan masih ramai lagi yang terkesan akibat pandemik itu.

“Terima kasih Kerajaan Negeri terutama EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud yang prihatin nasib golongan ini,” katanya.


Pengarang :