Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto SUMBER KKM
AGENDANASIONAL

Covid-19: 333 pesakit pulih hari ini, tertinggi pernah direkod

SHAH ALAM, 16 JUN: Seramai 333 pesakit pulih daripada jangkitan Covid-19 hari ini, jumlah tertinggi direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan bilangan kes pulih tersebut menjadikan jumlahnya sebanyak 7,733 atau 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 8,505.

“Selain itu terdapat 11 kes baharu yang dilaporkan hari ini di negara ini iaitu enam kes melibatkan warga asing dan empat kes jangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia, manakala satu lagi adalah kes import,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tiada kes kematian dilaporkan dan jumlah kes kekal sebanyak 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Pengarang :