Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes baharu catat dua digit, kematian kekal 117

PUTRAJAYA, 7 JUN: Kes baharu Covid-19 hari ini kekal dua angka iaitu 19 kes dengan 11 daripadanya dalam kalangan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam daripadanya adalah kes import dan 13 kes lagi penularan dalam negara.

“Bagi penularan dalam negara, dua kes adalah bukan warganegara dan 11 kes dalam kalangan warganegara,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Beliau memaklumkan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,322 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 1,531 kes.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 39 pesakit lagi berjaya sembuh menjadikan keseluruhan kes pulih ialah 6,674 (bersamaan 80.20 peratus).

“Tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 117 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya lagi.


Pengarang :