Pengusaha kedai gunting rambut perlu mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM iaitu mengenakan sarung tangan, pelindung dan pelitup muka semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor teliti garis panduan operasi salun, pasar malam

KUALA LANGAT, 7 JUN: Selangor akan meneliti garis panduan sebelum membenarkan premis gunting rambut, salun dan pasar malam beroperasi semula di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tatacara operasi piawai (SOP) akan dibincangkan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memutuskan pelaksanaannya.

“Sebenarnya minggu lepas kita sudah beri penjelasan kepada mereka (PBT) untuk bersedia. Isunya patuh SOP. Kita (Kerajaan Negeri) mahu lihat perancangan mereka.

“Pengumuman semalam lagi baik dari sebelum ini kerana kita diberi tempoh awal..lima enam hari untuk tengok segala benda sebelum melaksanakannya,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada penduduk Taman Langat Murni hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkhidmatan gunting rambut dan salun kecantikan boleh beroperasi mulai 10 Jun ini.

Kebenaran turut diberikan untuk operasi pasar malam, bazar dan gerai pasar terbuka mulai 15 Jun.


Pengarang :