Sebuah restoran di Seksyen 19, Shah Alam diarah tutup serta-merta akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam Operasi Pemantauan Kedai Makan dan Restoran oleh MBSA bersama polis pada 2 Jun 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Ingkar SOP, banyak premis di Selangor diarah tutup

SHAH ALAM, 5 JUN: Kebanyakan premis niaga yang diarah tutup di negeri ini dikesan tidak mengikut tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Pengarah kesihatan Selangor berkata premis gagal merekod data pelanggan, pekerja tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Pemilik perlu tahu SOP kerana ia amat penting kepada pelanggan dan membantu mengawal penularan wabak,” kata Datuk Dr Sha’ari Ngadiman kepada SelangorKini hari ini.

Beliau memaklumkan pihaknya juga sentiasa turun padang bagi memastikan premis mematuhi arahan.

Selasa lalu, pasar raya besar di Seksyen 13 di sini menjadi premis perniagaan pertama di Selangor yang diarah tutup selepas dikesan tidak mematuhi SOP.

Hari ini, Kompleks Pasar Meru di Klang diarah tutup serta-merta selepas gagal mematuhi SOP seperti tiada pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial.


Pengarang :