Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 kembali tiga angka, kematian kekal 115

SHAH ALAM, 4 JUN: Kes baharu Covid-19 bertambah 277 kes hari ini berbanding 93 semalam, dengan jumlah keseluruhan 8,247 kes, maklum ketua pengarah kesihatan.

Sejumlah 271 kes dalam kalangan warga asing, empat membabitkan warga tempatan manakala dua lagi kes import warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Sebanyak 270 kes dalam kalangan warga asing adalah daripada Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, yang juga sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan yang dikuarantin di situ manakala satu lagi ialah saringan tapak pembinaan di Pudu,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya.

Sementara itu, beliau berkata seramai 28 lagi pesakit berjaya sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih ialah 6,559 orang.

“Tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 115 kes,” katanya lagi.

Seramai enam pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :