Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 11 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM kaji antibodi bekas pesakit Covid-19 setiap tiga bulan

SHAH ALAM, 26 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengkaji antibodi bekas pesakit Covid-19 setiap tiga bulan bagi melihat kesan sampingan pada para-paru dan imuniti badan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian melalui kaedah imbasan mengikut kategori dihidapi bekas pesakit.

“Kajian susulan penting untuk melihat perkembangan dan ketahanan badan bekas pesakit kerana kalau dijangkiti tidak semestinya tidak boleh dijangkiti lagi,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Berikut kategori melibatkan bekas pesakit:

1) Kategori satu-tiada gejala

2) Kategori dua-mempunyai gejala

3) Kategori tiga-mempunyai masalah radang paru-paru namun tidak memerlukan oksigen

4) Kategori empat-mempunyai masalah radang paru-paru dan memerlukan oksigen

5) Kategori lima-memerlukan alat bantuan pernafasan


Pengarang :