Pengunjung menjamu selera di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Plaza Tol Awan Besar, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2020 selepas gerai makanan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pengunjung kedai makan boleh duduk semeja – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 17 JUN: Pengunjung premis makanan dibenarkan duduk semeja selagi ia mematuhi tatacara operasi piawai penjarakan sosial, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan jika sebuah meja panjang mampu memuatkan lapan hingga 10 individu maka pengunjung dibenarkan untuk duduk bersama.

“Bagi saya boleh (duduk bersama). Selagi ada penjarakan sosial, boleh,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara hanya membenarkan empat pengunjung duduk bersama pada satu meja sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pengguna digalakkan untuk memesan makanan menerusi aplikasi jualan atau membelinya secara bungkus.


Pengarang :