Sekinchan menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik seperti makanan laut, pemandangan sawah padi dan produk industri kecil dan sederhana. Foto SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor destinasi domestik paling popular 2019, catat 33.6 juta pelawat

SHAH ALAM, 30 JUN: Selangor kekal sebagai negeri paling ramai dikunjungi pelawat domestik pada 2019 iaitu 33.6 juta berbanding 30.2 juta pada 2018.

Jabatan Perangkaan Malaysia menerusi Survei Pelancongan Domestik 2019 menyatakan negeri lain adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (22.6 juta), Sabah (22.0 juta), Perak (21.1 juta) dan Sarawak (19.8 juta).

Ketua perangkawan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata seramai 239.1 juta pelawat domestik dicatatkan pada 2019 dengan pertumbuhan 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya (7.7%).

“Dari segi jumlah perjalanan pelancongan, pelawat domestik melakukan 332.4 juta perjalanan di dalam negara dengan purata perjalanan 1.39 perjalanan setiap pelawat,” kata Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Katanya perbelanjaan pelancongan domestik kekal mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu 11.5 peratus kepada RM103.2 bilion pada 2019 (2018: 11.4%).

“Membeli-belah mencatatkan peratus sumbangan tertinggi daripada keseluruhan jumlah perbelanjaan pelawat domestik bagi perjalanannya, iaitu 37.8 peratus,” katanya.

Beliau berkata majoriti pelawat domestik terdiri kumpulan umur 25 hingga 39 tahun dengan sumbangan 37.8 peratus diikuti umur 15 hingga 24 tahun (26.4%), 40 hingga 54 tahun (24.1%) dan 55 tahun dan ke atas (11.7%).

Sumber: Jabatan Statistik Malaysia/ 30 Jun 2020

Pengarang :