Pelajar memakai pelitup muka selepas pemerintah Indonesia membuka kembali sesi persekolahan dengan melaksanakan proses pembelajaran secara bersemuka di tengah kebimbangan penularan wabak Covid-19 di Bekasi, di pinggiran Jakarta, Indonesia pada 13 Julai 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

117 kematian akibat Covid-19 dalam 24 jam di Indonesia, kes positif 93,657

JAKARTA, 23 JULAI: Indonesia mencatatkan 117 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 4,576 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, kes positif Covid-19 di Indonesia juga berterusan meningkat kepada 93,657 kes iaitu tambahan 1,906 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Mengikut data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id , sebanyak 47,756 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,525 orang, diikuti Jakarta (751), Jawa Tengah (504), Sulawesi Selatan (287) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA


Pengarang :