Penduduk membersihkan perabot yang selamat daripada banjir di Taman Baiduri, Dengkil pada 20 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

521 mangsa banjir Sepang masih di pusat pemindahan

SHAH ALAM, 21 JULAI: Seramai 521 mangsa banjir membabitkan 127 keluarga di daerah Sepang masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sehingga jam 8 pagi tadi.

Unit Bencana Negeri (UBN) memaklumkan pusat pemindahan di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dengkil merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 203 orang membabitkan 45 keluarga sejak dibuka 19 Julai lalu.

“Empat lagi pusat pemindahan yang aktif adalah Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil (59), Dewan Orang Ramai Dengkil (81), Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil (115) dan SRA Kampung Dato’ Ahmad Razali (63),” katanya dalam kenyataan.

Agensi memaklumkan pihaknya akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku pada 18 Julai lalu di samping menyampaikan maklumat terkini.

Dalam kejadian petang Sabtu lalu, 41 kawasan di Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak dan Klang mengalami banjir susulan hujan lebat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri sedang menyiapkan kajian bencana yang dijangka selesai awal tahun hadapan bagi menangani dampak tragedi itu dengan lebih berkesan.


Pengarang :