Timbalan Speaker yang baharu, Hasnul Baharuddin ketika sesi perbahasan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Dua penggal jadi ADN, Hasnul tidak kekok sebagai timbalan speaker

SHAH ALAM, 13 JULAI: Pengalaman selama dua penggal sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) membuatkan Hasnul Baharuddin sebagai timbalan speaker baharu mampu mengendalikan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Hasnul yang dilantik ke jawatan itu hari ini berkata pengalaman itu membolehkan beliau memahami wakil rakyat sekali gus dapat mengawal tahap disiplin mereka ketika berada dalam dewan persidangan.

“Ketegasan speaker atau timbalannya sangat penting untuk mengawal keadaan sesuatu dewan persidangan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta seluruh ADN kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai timbalan speaker baharu,” kata ADN Morib kepada SelangorKini.

Hari ini, Amirudin mengumumkan pelantikan Hasnul bagi menggantikan ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Majlis angkat sumpah diadakan pada sidang DNS di hadapan Speaker Ng Suee Lim dan persidangan bermula hari ini sehingga 24 Julai.


Pengarang :