Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan cek cura kepada pemenang pertama, Danial Asyraf Zulkifli ketika penyampaian hadiah Pertandingan Lukisan Komik ‘Water You Doing’ anjuran Selangor Maritime Gateaway (SMG) di Bilik MTES SUK, Shah Alam pada 2 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Jawatan dua EXCO Selangor diisi sebelum Aidiladha – MB

SHAH ALAM, 2 JULAI: Pelantikan EXCO pelancongan serta perumahan Selangor yang baharu akan dibuat hujung bulan ini susulan kekosongan penyandangnya, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata surat pemecatan Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Haniza Talha dari KEADILAN diterima semalam namun jawatan EXCO itu masih berkuat kuasa memandangkan portfolio berkenaan penting.

“Kita akan bertindak selanjutnya. Semalam saya benarkan (Haniza) menyertai mesyuarat EXCO sesuai dengan tanggungjawab dan perkara ini akan diselesaikan dengan baik serta teratur.

“Saya sudah jumpa beliau. Sekarang tengah uruskan pengosongan tetapi portfolio kritikal… soal pembangunan, jadi transisi sangat penting. Perbincangan lantikan baharu akan dibuat pada waktu sesuai. Kekosongan pasti akan diisi sebelum sambutan Aidiladha,” katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan SMG Water You Doing? Show Us Your Art! anjuran Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) di sini hari ini.

Jawatan EXCO kebudayaan dan pelancongan, peradaban Melayu dan warisan kosong selepas Datuk Abdul Rashid Asari dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertindak keluar Pakatan Harapan manakala Haniza yang juga Ketua Wanita KEADILAN dilucutkan keahlian Ahad lalu.


Pengarang :