Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM kesan kluster baharu di Kuching

SHAH ALAM, 12 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu Covid-19 di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching yang menjangkiti dua individu.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes pertama membabitkan seorang pekerja syarikat yang mendapat rawatan di pusat perubatan pada 9 Julai lalu ekoran masalah pernafasan dan didapati positif.

“Susulan itu, KKM mengesan kontak rapat pesakit dan sehingga kini seramai 32 individu disaring membabitkan 16 rakan sekerja dan 16 ahli keluarga.

“Daripada jumlah itu, seorang didapati positif, 16 negatif manakala 15 individu masih menunggu keputusan,” kata Datuk Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata langkah pencegahan dan proses pembersihan sudah dijalankan di syarikat tersebut dan punca jangkitan masih dalam siasatan.


Pengarang :