Anggota Polis Pelancong dari Balai Polis Masjid India, Sarjan Mejar Abd Manab Baki (tengah) memberi nasihat dan penerangan kepada orang awam supaya tidak bersiar-siar tanpa tujuan penting ketika membuat rondaan di sekitar jalan Masjid India pada 20 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

117 individu ingkar PKP pemulihan ditahan – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 20 OGOS: Seramai 117 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditahan semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu seramai 91 individu dikompaun manakala 26 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (37), tidak memakai pelitup muka (lapan), premis beroperasi lebih masa (dua), menjalankan aktiviti pelacuran (24) serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (46),” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail Sabri sebanyak 67,369 pemeriksaan dilakukan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKPP.

Katanya, pemantauan dilakukan di 3,988 pasar raya, 5,731 restoran serta 1,500 penjaja, 1,692 kilang, 3,907 bank dan 1,033 pejabat kerajaan.

Pemeriksaan turut dilakukan di 1,124 terminal pengangkutan darat, 212 terminal pengangkutan air serta 139 terminal pengangkutan udara.


Pengarang :