AGENDANASIONAL

Anwar saran kerajaan beri perhatian kepada penjaja kecil

SHAH ALAM, 25 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada penjaja kecil di negara ini yang kebanyakannya dikategorikan sebagai golongan miskin.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata golongan tersebut tidak mendapat pembelaan sewajarnya malah bantuan yang disalurkan sepanjang krisis Covid-19 masih jauh dari mencukupi.

“Bilangan penjaja di seluruh negara adalah ramai, jumlahnya beratus-ratus ribu dan memang ada bantuan, tetapi masih sedikit.

“Saya lihat ada keperluan menyelaraskan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan bagi membela nasib penjaja,” kata Ketua Pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi Tuanku Jaffar ketika menjawab persoalan dibangkitkan berkata hampir sejuta penjaja tidak berdaftar sekali gus menyukarkan bantuan disalurkan.

“Penjaja berkaitan tidak mendapat pebelaan sewajarnya, sekadar memperoleh sumbangan peribadi.

“Perniagaan mereka tiada pembiayaan oleh kerajaan, jadi saya sudah mengarahkan kementerian untuk membuat kajian berapa jumlah penjaja ini di seluruh negara. Dalam masa tiga bulan kita akan peroleh maklumat terperinci mengikut negeri,” katanya.


Pengarang :