Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 18 Ogos 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Lapan kes baharu, lima daripada kluster Tawar

SHAH ALAM, 22 OGOS: Lapan kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia adalah sebanyak 9,257, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes baharu merupakan kes import manakala lima kes penularan tempatan membabitkan warga tempatan daripada kluster Tawar di Kedah.

“Pertambahan lapan kes baharu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 183 kes. Dimaklumkan, lapan pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiga kes import membabitkan individu pulang dari Bangladesh di Kuala Lumpur (satu kes), Belanda di Sarawak (satu kes) dan Filipina di Sabah (satu kes),” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr Noor Hisham empat pesakit disahkan sembuh dan tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlahnya kekal 125 iaitu 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Pengarang :