EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han meninjau tapak projek menaik taraf parit di Jalan Industri 9 Kampung Baru Sungai Buloh, Shah Alam pada 10 Ogos 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kerja naik taraf parit atasi masalah banjir kilat – Ng Sze Han

SHAH ALAM, 10 OGOS: Kerja naik taraf sistem perparitan di Jalan Industri 9, Kampung Baru Sungai Buloh bakal menyelesaikan masalah banjir kilat yang berlarutan di kawasan itu sejak 15 tahun lalu.

EXCO pembangunan kampung baru berkata projek naik taraf yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan peruntukan RM800,000 itu dijangka siap bulan depan.

“Kerja itu naik taraf itu melibatkan pengukuhan tebing dan pembaikan sistem saliran. Malah, saya difahamkan JKR juga akan membersihkan parit tersumbat.

“Projek ini memberi kelegaan kepada kira-kira 10,000 penduduk di kawasan ini,” kata Ng Sze Han selepas lawatan ke tapak projek menaik taraf parit di Jalan Industri 9, Kampung Baru Sungai Buloh di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Sungai Buloh, Hoo Sook Wan ketika ditemui menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan JKR kerana cakna dengan masalah tersebut.

“Saya harap penduduk bersabar dan bagi tempoh kepada pihak terlibat siapkan projek ini,” katanya.


Pengarang :