Anggota bomba menyemburkan air ke kawasan kebakaran akibat letupan di Beirut, Lebanon pada 4 Ogos 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Letupan di Beirut, Presiden Lubnan ikrar teruskan siasatan terperinci

BEIRUT, 12 OGOS: Presiden Lubnan Michel Aoun pada Selasa berikrar beliau akan meneruskan siasatan terhadap insiden letupan di Beirut pada 4 Ogos, membunuh 171 orang dan mencederakan kira-kira 6,000 yang lain, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya tidak akan berdiam diri dan tidak akan berhenti sehingga dapat mendedahkan semua fakta mengenai insiden itu; merujuk kejadian berkenaan kepada Majlis Agung Kehakiman merupakan langkah pertama,” kata Aoun dalam satu kenyataan.

Maklumat awal menunjukkan ammonium nitrat yang disimpan sejak tahun 2014 di gudang No. 12 di Pelabuhan Beirut mungkin menjadi punca kejadian.

Kepemimpinan Lubnan menerima kritikan hebat daripada rakyat yang menuduh mereka lalai dalam memastikan aspek keselamatan mengenai penyimpanan ammonium nitrat itu.

Pada Isnin, barisan kabinet Lubnan umum mengundurkan diri.

Kabinet merujuk kes itu kepada dewan kehakiman selaras dengan cadangan Menteri Kehakiman Marie-Claude Najm.

– BERNAMA


Pengarang :