Yang Dipertua MPK Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin ketika menyampaikan ucapan perasmian Taklimat Bandar Pintar oleh Telekom Malaysia di MPK pada 24 Ogos 2020. Foto ihsan: Facebook Saluran Komunikasi MPK.
PBTSELANGOR

MPK hargai kerjasama TM jaya bandar pintar di Klang

SHAH ALAM, 24 OGOS: Konsep bandar pintar akan membawa manfaat kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan penduduk sekali gus menyelesaikan isu perbandaran, kata yang dipertuanya.

Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pihaknya menzahirkan terima kasih kepada Telekom Malaysia (TM) atas kerjasama berkongsi maklumat berhubung inisiatif menjadikan Klang sebagai bandar pintar.

“MPK berbesar hati apabila TM berhasrat berkongsi maklumat berhubung cadangan tersebut malah penerangan mengenai status pemasangan fiber di Klang juga mampu memberi capaian internet lebih laju sekali gus membuka ruang kepada pengguna merasai ciri kehidupan pintar,” katanya ketika berucap merasmikan Taklimat Bandar Pintar oleh TM di MPK hari ini.

Dr Ahmad Fadzli berkata pihak MPK optimis dengan beberapa perkhidmatan pintar akan dibangunkan TM yang bakal menjadi contoh kepada pihak berkuasa tempatan lain pada masa akan datang.

Antara beberapa perkhidmatan pintar dilaksanakan adalah Lampu Isyarat Pintar, Parkir Pintar dan Tiang Pintar.


Pengarang :