Pengunjung perlu mengimbas kod QR menggunakan aplikasi SELangkah atau MySejahtera sebelum memasuki medan selera di pusat membeli-belah Aeon, Shah Alam pada 12 Jun 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Permohonan SELangkad untuk OKU dibuka serta-merta

SHAH ALAM, 11 OGOS: Permohonan SELangkad (Kad Selamat Melangkah) untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dibuka serta-merta.

Jurucakapnya berkata permohonan boleh dibuat melalui khidmat pesanan WhatsApp di talian 014-3025655 dengan menghantar maklumat diri seperti nama, alamat, nombor kad OKU dan nombor telefon.

“Sebaik sahaja menerima maklumat penuh pemohon, pihak kami akan menghantar kad pengimbas kod QR ke alamat diberikan secepat mungkin dan kad diberikan secara percuma kepada warga OKU.

“Ketika ini pihak kami sedang membangunkan laman web yang membolehkan pemohon mendaftar dan mencetak sendiri kad pada masa depan,” katanya kepada SelangorKini.

Selangor hari ini memperkenalkan SELangkad iaitu sistem pendaftaran masuk bagi OKU ke premis perniagaan atau jabatan kerajaan.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penjaga premis hanya perlu meminta kad untuk mengimbas kod QR sekali gus memudahkan urusan pengunjung dalam kalangan OKU.

Pada 4 Mei Selangor memperkenalkan aplikasi SELangkah bagi memudahkan proses menjejak kontak jika berlaku jangkitan wabak Covid-19.

Pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya untuk diimbas pengunjung.

SELangkah hanya memerlukan maklumat nama dan nombor telefon tanpa mendedahkan data peribadi individu.


Pengarang :