SELANGOR

Polis tegas laksana peraturan pemakaian pelitup muka

SHAH ALAM, 1 OGOS: Polis Selangor tegas dalam melaksanakan peraturan pemakaian pelitup muka susulan arahan kerajaan mewajibkan penggunaan alat itu mulai hari ini.

Ketuanya, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata tindakan kompaun RM1,000 boleh diambil kepada individu yang tidak patuh arahan.

“Sebelum ini kita hanya beri amaran dan peringatan. Namun kali ini terus kompaun kepada yang ingkar arahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bersama sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuat pemantauan Pematuhan Pemakaian pelitup muka di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 1 Ogos 2020. Foto Facebook Polis Petaling Jaya

“Pelitup muka ini mesti dipakai sentiasa untuk elak jangkitan virus dan bukan disebabkan takut kepada polis atau denda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Polis Daerah Petaling Jaya bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini melakukan tinjauan kepatuhan orang awam terhadap penggunaan pelitup muka di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pagi tadi.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos berikutan penambahan kluster jangkitan Covid-19 selain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengarang :