Orang ramai mematuhi norma baharu semasa membeli barangan keperluan harian dengan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika tinjauan di sebuah pasar raya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pendatadbiran di Kota Setar, Kedah pada 13 September 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM: Tiga kluster catat kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 13 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan 36 kes baharu Covid-19 dicatatkan membabitkan tiga buah kluster hari ini.

Kluster itu ialah Kluster Benteng Lahad Datu (LD), Kluster Tawar dan Kluster Sungai hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

“Daripada jumlah itu 22 kes direkodkan Kluster Benteng LD di Sabah yang melibatkan 14 bukan warganegara dan lapan warganegara Malaysia adalah di daerah Tawau.

“Daripada jumlah 403 kes yang dicatatkan setakat ini, 176 adalah warganegara Malaysia manakala 227 bukan warganegara membabitkan negara Filipina dan Indonesia selain membabitkan dua petugas hadapan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyatan.

Bagi Kluster Sungai hanya satu kes baharu dicatatkan di Kedah menjadikan 57 individu positif Covid-19 dengan 20 daripadanya membabitkan petugas hadapan manakala jumlah saringan keseluruhan 14,044 orang setakat ini.

Dr Noor Hisham menambah Kluster Tawar turut merekodkan 13 kes baharu di Kedah hari ini selepas 18,233 individu disaring selain enam petugas hadapan didapati positif Covid-19.


Pengarang :