Virus Covid-19 dikesan kali pertama di Wuhan, China, dilihat dalam ilustrasi yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 29 Januari 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Kluster Sungai dikesan di Kedah, babit anggota kesihatan

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Satu kluster baharu dikenali sebagai kluster Sungai dikesan di Kedah melibatkan kes indeks seorang anggota kesihatan di pusat perubatan di negeri berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes indeks itu (kes ke-9455) bergejala sejak 30 Ogos lepas, tetapi tidak mendapatkan rawatan, namun ujian saringan Covid-19 pada 5 September mendapati beliau positif dengan wabak itu.

“Kes kedua kluster ini (kes ke-9456) pula merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Beliau bergejala sejak 5 September dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama dan didapati positif.

“Kedua-dua kes dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata pengesanan kes secara aktif serta saringan kontak rapat telah dijalankan; dan sehingga hari ini seramai 57 orang disaring.

Beliau berkata daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif manakala 55 individu masih menunggu keputusan.

– BERNAMA


Pengarang :