Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-22 di Bangi, pada 7 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Segera, dapatkan Hadiah Masuk Universiti RM1,000 minggu ini

SHAH ALAM, 21 SEPT: Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) berjumlah RM1,000 yang sepatutnya berakhir pada 11 September dilanjutkan hingga Jumaat ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau menggalakkan keluarga berpendapatan bawah RM5,000 segera memohon di hpipt.selangor.gov.my .

“HPIPT atau Hadiah Masuk Universiti ini merupakan hasrat Kerajaan Negeri bagi mengurangkan keciciran bantuan dalam hal pendidikan atau kesejahteraan keluarga.

“Dengan bantuan ini diharapkan segala urusan berkaitan pengajian bagi anak-anak Selangor dapat dipermudahkan sekaligus melahirkan siswa Selangor yang bertauliah. Sebarkan berita ini kepada keluarga, saudara dan mereka yang memerlukan,” katanya di Facebook hari ini.

HPIPT dilaksanakan sejak 2008 bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.

Bagaimanapun, ia ditambah baik dengan menaikkan pendapatan isi rumah.


Pengarang :