Dr Siti Mariah Mahmud (tiga, kiri) menziarahi rumah penduduk di sekitar pekan Kapar dan Meru pada 5 September 2020. Foto Facebook Dr Siti Mariah Mahmud
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sukarelawan Jiran Baik atasi isu keciciran bantuan

SHAH ALAM, 7 SEPT: Inisiatif Sukarelawan Jiran Baik membantu individu memerlukan terutama daripada segi keperluan asas susulan penularan Covid-19, kata EXCO kebajikan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata program diperkenalkan April lalu mengatasi isu keciciran bantuan disebabkan kurang upaya antaranya warga emas tinggal bersendirian dan ibu tunggal.

“Inisiatif ini menerima 565 aduan dalam talian hanya selepas sebulan dilaksanakan yang akan
dipanjangkan ke pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Selangor, Pusat Khidmat Parlimen dan Pusat Khidmat DUN,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata usaha tersebut meningkatkan sikap kepedulian terhadap jiran serta menambah semangat kesukarelawanan dalam komuniti masing-masing.

Siti Mariah turut menyasarkan penyertaan minimum 10 sukarelawan pada fasa pertama sebagai duta di setiap kawasan dan sekurang-kurangya 150 orang hujung tahun ini.


Pengarang :