AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Baik pulih paip pecah siap, bekalan disalur bermula 2 petang

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerja baik pulih paip air terawat yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Justeru, bekalan air disalurkan bermula jam 2 petang nanti secara berperingkat ke 686 kawasan terjejas di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.

“Bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air kepada pengguna terjejas, kami telah meningkatkan penyaluran air terawat daripada beberapa LRA lain, termasuk LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Wangsa Maju, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Nenas.

Baik pulih paip air terawat yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap sepenuhnya pada jam 8 pagi pada 18 Oktober 2020. Foto: Facebook Pengurusan Air Selangor

“Air Selangor juga telah menggerakkan sebanyak 84 lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan terjejas,” kata Elina Baseri menerusi kenyataan.

Perkembangan pemulihan bekalan air itu dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi Air Selangor di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi telefon pintar dan laman sesawang www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili awam yang disediakan.

Namun pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air di pili-pili berkenaan.

Senarai pili awam mengikut wilayah:

Petaling

1. Berhampiran McDonald’s Denai Alam
Koordinat: 3.159927,101.512663
2. Berhampiran Stesen Minyak BHP Jalan Subang Airport
Koordinat: 3.114114,101.567876
3. Persiaran Golf Saujana, Saujana Hyatt
Koordinat: 3.102335,101.583155
4. Berhampiran Taman Permainan, Jalan 14/28
Koordinat: 3.110388,101.634245

Klang

1. Persiaran Setia Murni
Koordinat: 3.111362,101.450376
2. Depan Masjid Ar Rahimiah Andalas
Koordinat: 3.021248,101.442858
3. Persiaran Astana, Bukit Raja
Koordinat: 3.087969, 101.445781

Gombak

1. Lembah Jaya Selatan
Koordinat: 3.139853,101.783995
2. AU3 Keramat
Koordinat: 3.179890,101.753372

Kuala Lumpur

1. Berhampiran Kuarters JKR Sg besi
Koordinat: 3.103895, 101.686275
2. Jalan Berjasa
Koordinat: 3.153137, 101.686275
3. Berhampiran Sri Perdana, Jln Damansara
Koordinat: 3.1742323, 101.6792684
4. IKIM
Koordinat: 3.176210, 101.678507

Hulu Selangor

1. Kg Kenanga berhampiran Ambank Rawang
Koordinat: 3.314084, 101.578828
2. Berhadapan Pejabat Penghulu Taman Jati Rawang
Koordinat: 3.305739,101.5847109


Pengarang :