AGENDANASIONAL

RM56.5 juta diperuntukkan untuk sektor kesihatan tahun hadapan

SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM56.5 juta bagi aspek kesihatan dalam Belanjawan Selangor 2021.

Jumlah peruntukan itu mencatatkan peningkatan 23 peratus berbanding peruntukan untuk aspek sama dalam belanjawan tahun ini iaitu RM 46 juta.

Peruntukan itu adalah usaha kerajaan negeri dalam mendepani cabaran kesihatan global dan domestik yang berterusan, seterusnya melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang progresif.

Jumlah itu merangkumi:

– RM42.5 juta bagi Skim Insurans Peduli Sihat
– RM5 juta bagi aktiviti kawalan denggi
– RM5 juta bagi Bantuan Sihat Selangor
– RM3.25 juta bagi program pemberdayaan orang kelainan upaya (OKU)
– RM1.5 juta bagi aktiviti dan promosi gaya hidup sihat
– RM1 juta untuk Program Insentif Rawatan Tibi
– RM1 juta bagi Program Peduli Sihat Penjawat Awam
– Program kesihatan awam dianjurkan pihak berkuasa tempatan (PBT)


Pengarang :