Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS
SELANGOR

225 pesakit Covid-19 di Selangor sembuh, 174 kes baharu

SHAH ALAM, 12 NOV: Kes sembuh Covid-19 di Selangor meningkat kepada 225 berbanding 98 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu di negeri itu pula mencatatkan 174 kes hari ini dengan 122 kes daripada kluster sedia ada.

“Daripada jumlah itu, 37 kes dikesan daripada saringan kontak rapat dan 15 kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan hampir semua daerah di Selangor dan Putrajaya kini dalam zon merah dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengawal jangkitan.

“Tindakan awal laksana PKPB adalah langkah bijak. Jika lewat laksana PKPB keadaan mungkin makin teruk lagi hari ini,” katanya.

Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dikenakan PKPB mulai 14 Oktober kemudian dilanjutkan sehingga 6 Disember susulan peningkatan jangkitan wabak.


Pengarang :