Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkenaan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 9 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 407 kes baharu, Selangor rekod angka tertinggi

SHAH ALAM, 19 NOV: Selangor mencatatkan angka harian Covid-19 tertinggi dengan 407 kes hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 361 kes menerusi kluster sedia ada termasuk 55 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapas BJ.

“Selain itu 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif, satu kes saringan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Sari) dan 26 kes saringan lapangan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata sebanyak 1,290 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 660.

Katanya, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan 51,680 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan 13,222.

“Kes sembuh pula 878 dengan angka kumulatif 38,132 kes atau 73.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat pertambahan empat kematian dan bilangan meningkat kepada 326 kes setakat hari ini,” katanya.


Pengarang :