Kerja pembersihan giat dilakukan bagi mengatasi masalah longkang tersumbat yang menyebabkan banjir kilar di Jalan 17/17 Seksyen 17, Shah Alam. Foto Facebook Rodziah Ismail
EXCOSELANGOR

Elak banjir, penduduk dinasihat tidak ubah struktur longkang

SHAH ALAM, 22 NOV: Penduduk Seksyen 17 di sini dinasihatkan tidak menutup atau membuat struktur tambahan pada longkang yang boleh menyekat aliran air.

EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar berkata pihaknya menerima aduan Jalan 17/17 kerap dilanda banjir kilat dan air bertakung berikutan longkang tersumbat.

“Kadangkala bukan pembersihan tidak dibuat tetapi sebenarnya ada halangan yang penduduk sendiri lakukan. Apapun, mari kita bersama mengambil tanggungjawab menjaga kawasan kita,” tulis Rodziah Ismail di Facebook.

Beliau berkata isu tersebut dipanjangkan kepada ahli majlis yang kemudian turun padang meninjau lokasi dan memantau sendiri kerja pembersihan yang dijalankan.

“Terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan. Semoga penduduk Batu Tiga lebih prihatin dan menjaga kebersihan agar kesan atau pencemaran dapat dikurangkan,” kata Rodziah lagi.


Pengarang :