Anggota polis dan tentera memeriksa penunggang motosikal yang melalui sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di Jalan Kuching pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Rancak sektor pelancongan, rentas antara negeri dibenar bersyarat

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan membenarkan pergerakan antara daerah atau negeri mengikut tatacara operasi piawai (SOP) gelembung perjalanan domestik dilonggarkan mulai 22 November ini.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata tindakan itu bertujuan merancakkan semula aktiviti di bawah sektor pelancongan domestik serta menyelamatkan penggiat industri tersebut yang terkesan susulan pandemik Covid-19.

“Kita bersetuju untuk membenarkan pergerakan rentas antara daerah atau negeri zon hijau tanpa kelulusan polis.

“Manakala pergerakan rentas negeri antara zon hijau melalui negeri zon merah dibenarkan namun perlu mendapat kebenaran polis,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Katanya, SOP lebih terperinci jakan diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (Motac) dalam masa terdekat.


Pengarang :