Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 12 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes harian Covid-19 di Selangor turun 153

SHAH ALAM, 20 NOV: Kes harian Covid-19 di Selangor menurun 153 kes berbanding 407 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster sedia ada dan baharu merekodkan 103 kes, saringan kontak rapat (27) dan saringan lapangan (23).

“Dua kluster baharu di Selangor adalah Kluster Sri Jujur dan Kluster Oad. Kluster Sri Jujur dikesan di Klang, Sepang dan Petaling.

“Kluster Oad pula melibatkan Hulu Langat serta Seremban, Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak 958 kes baharu dilaporkan dengan tiga negeri menyumbang angka tertinggi iaitu Sabah mencatat 512 kes manakala Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing 153.

“Selain itu 110 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi manakala tiga kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan meninggal dunia adalah 329 kes,” katanya.


Pengarang :