Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 20 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 52 kes positif libat dua kluster baharu di Selangor

SHAH ALAM, 20 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kluster baharu di Selangor hari ini iaitu Kluster Sri Jujur dan Kluster Oad.

Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Sri Jujur merekodkan 41 kes positif Covid-19 serta 11 kes lagi melibatkan Kluster Oad.

“Kluster Sri Jujur dikesan di Klang, Sepang dan Petaling manakala Kluster Oad di Hulu Langat serta Seremban, Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan.

“KKM giat mengesan kontak rapat kluster ini bagi memutuskan rantaian wabak,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam KKM juga mengesan dua kluster di Lembah Klang iaitu Kluster Kapas BJ melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor manakala Kluster Prestij di Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sebanyak 958 kes baharu dilaporkan hari ini, dengan tiga negeri menyumbang angka tertinggi iaitu Sabah mencatat 512 kes manakala Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing 153.


Pengarang :