Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil berbual dengan seorang warga emas ketika menyampaikan sumbangan di Olak Lempit dan Taman Changgang Jaya, Bukit Changgang, semalam.
ADNSELANGOR

ADN Dengkil bantu 50 keluarga, warga emas terkesan Covid-19

SHAH ALAM, 26 DIS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil menghulurkan bantuan kepada 50 keluarga berpendapatan rendah yang terjejas susulan Covid-19 di Olak Lempit dan Taman Changgang Jaya, Bukit Changgang, semalam.

Adhif Syan Abdullah berkata sumbangan merupakan barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, susu, gula, sardin, biskut, bihun, mi segera dan tepung.

“Selain itu, saya turut beri bantuan kewangan dan enam kerusi roda kepada warga emas. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memudahkan pergerakan mereka.

“Sejajar konsep ‘Dengkil Care’, kami menggalakkan lebih ramai rakyat dan agensi bantu masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata inisiatif itu juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara wakil rakyat dan penduduk.

Program ziarah itu turut disertai beberapa majlis perwakilan penduduk dan Pasukan Sukarelawan Dengkil Care.


Pengarang :