Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Lim Yi Wei (kiri) bersama golongan orang kelainan upaya (OKU) di lot tempat letak kereta untuk mereka. Foto Facebook LIM YI WEI
ADNSELANGOR

ADN: Tambahan lapan lot parkir di Kampung Tunku, mudahkan OKU

SHAH ALAM, 3 DIS: Sebanyak lapan lot tempat letak kereta orang kelainan upaya (OKU) ditambah di kawasan komersial di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku.

Ahli Dewan Negerinya berkata kemudahan terbabit mendapat kerjasama dan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk disediakan di Taman Paramount, Seksen 20 serta Sea Park, Seksyen 21.

“Tempat letak kereta ini bertujuan memudahkan pergerakan golongan tersebut ketika berkunjung di kawasan berkenaan.

“Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya tiga lot dapat disiapkan di Taman Paramount manakala lima lagi di Sea Park masih dalam proses pelaksanaan,” kata Lim Yi Wei menerusi kenyataan di Facebook.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai bertimbang rasa dan tidak menyalahgunakan kemudahan parkir untuk golongan OKU berkenaan.

Yi Wei berkata OKU yang mahu mendapat keistimewaan tersebut boleh memohon pelekat OKU percuma di Jabatan Kemasyarakatan, Tingkat 7, Menara MBPJ.

“Pelekat ini untuk tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui. Pemohon hanya perlu membawa kad OKU dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Berdasarkan rekod MBPJ, bagi 2018 terdapat 215 permohonan pelekat tempat letak kereta OKU diikuti 227 (2019) dan 144 (hingga November lalu).

 


Pengarang :