Petugas kesihatan melakukan saringan Covid-19 terhadap pekerja kilang warga asing kumpulan syarikat Kossan di Meru, Klang pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Saringan pekerja sumbang kes tertinggi di Klang

SHAH ALAM, 17 DIS: Klang terus merekodkan bilangan kes Covid-19 tertinggi sebanyak 297 jangkitan daripada 481 kes yang dilaporkan di Selangor semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 150 kes dikesan di mukim Kapar, manakala 147 lagi di mukim Klang dengan 240 daripadanya melalui saringan pekerja.

Petaling pada keduudukan kedua mencatatkan 64 kes iaitu mukim Damansara (43), Petaling (11), Bukit Raja (enam) dan Sungai Buloh (empat).

“Hulu Langat pula merekodkan 62 kes dengan 38 daripadanya di mukim Kajang, Ampang (13), Cheras (lapan) dan Semenyih (dua).

“Sebanyak 23 kes dilaporkan di Gombak, 10 daripadanya di mukim Batu, Kuang (lima), Hulu Kelang dan Rawang masing-masing dua serta empat jangkitan import,” menurut agensi itu di Facebook.

Jabatan itu melaporkan sebanyak 12 kes di Kuala Langat, Kuala Selangor (sembilan), Sabak Bernam (lapan) dan Sepang (dua).

Sehingga 12 tengah hari semalam, seramai 100 pesakit negeri ini pulih menjadikan jumlah sembuh sebanyak 14,930kes, manakala angka kematian meningkat 35 orang.

 


Pengarang :