Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan Covid-19 ke panel khas ‘buffer tube’ yang digunakan untuk mengesan jangkitan virus Covid-19 dengan pantas menggunakan mesin analisa Standard F200 SD Biosensor ketika program saringan diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor masih jadi negeri tertinggi catat kes baharu

SHAH ALAM, 2 DIS: Selangor masih menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu Covid-19 apabila merekodkan 249 kes hari ini berbanding 229 di Sabah dan 102 kes di Johor.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia disusuli Wilayah Persekutuan dengan 85 kes baharu, Negeri Sembilan (62), Pulau Pinang (60), Perak (34) dan Kedah (26).

Sementara Kelantan dengan dua kes, Pahang dan Melaka pula masing-masing dengan satu kes.

“Negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 334 kes. Bagi kes baharu di Selangor, 82 kes berpunca daripada kluster sedia ada termasuk lima kes dari kluster baharu iaitu Kluster Impian dan Kluster Desa Pinang.

“86 lagi kes saringan kontak rapat dan 81 kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” kata ketua pengarah kesihatan dalam sidang media.

Hari ini Malaysia merekodkan 851 kes Covid-19 sementara jumlah pesakit sembuh iaitu 658 kes.

Pada masa sama, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula di seluruh negara adalah 10,686 kes.

 


Pengarang :