Ng Sze Han melawat pasar pagi di Bandar Puchong Jaya yang kembali beroperasi pada 16 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Dapur Kinrara agih makanan percuma, bantu individu terkesan Covid-19

SHAH ALAM, 10 DIS: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara mewujudkan dapur berpusat bagi mengagihkan makanan tengah hari secara percuma kepada golongan memerlukan.

Wakil rakyatnya berkata insiatif Dapur Kinrara digerakkan pada setiap Ahad selepas ramai penduduk memohon bekalan makanan bermasak sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Ng Sze Han menjelaskan program itu dikendalikan sukarelawan di Balai Masyarakat Majlis Bandaraya Subang Jaya Majlis Perwakilan Penduduk Zon 10, Bandar Puchong Jaya.

“Makanan dengan menu vegetarian boleh didapati oleh semua lapisan masyarakat dari 12 tengah hari sehingga 2 petang.

“Saya akan cuba membantu sesiapa sahaja terutama yang hilang pekerjaan dan menggalakkan mereka membawa bekas makanan sendiri,” katanya ketika dihubungi.

EXCO kerajaan tempatan turut bersedia menambah bilangan hari dapur berpusat jika diperlukan selain mempelawa orang ramai menyumbang bahan masakan dan menjadi sukarelawan.


Pengarang :