Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir menziarah jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah pada 19 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dr M antara 1,000 pemimpin beri penghormatan akhir jenazah Tun Rahah

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Hampir 1,000 tetamu terdiri orang kenamaan, wakil rakyat dan orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah di Masjid Ar-Rahah Kerinchi.

Antara yang hadir ialah Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Turut memberi penghormatan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari, Young Syefura Othman.

Orang ramai turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pada 19 Disember 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat memberi penghormatan terakhir kepada ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Rahah, 87, yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court petang semalam.

Jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Ar-Rahah sebelum dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara.


Pengarang :