Reaksi sebahagian pekerja warga asing yang berada di luar rumah susulan pelaksanaan PKPD asrama pekerja Top Glove pada 21 November 2020 di Jalan Abadi 1A Meru Klang. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

MB arah saring segera pekerja asing, kawal wabak

SHAH ALAM, 1 DIS: Dato’ Menteri Besar mengarahkan saringan pekerja asing dilakukan pada kadar segera seperti diputuskan Kerajaan Persekutuan.

Justeru, Jawatankuasa Keselamatan Daerah atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diminta membuat penyelarasan bersama pihak berkuasa tempatan dan pejabat kesihatan daerah.

“Kerajaan Negeri juga sedang mengenalpasti empat hingga lima lokaliti pusat rawatan dan kuarantin berisiko rendah yang akan menempatkan pesakit positif Covid-19 tidak bergejala.

“Ini dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan dan kepadatan hospital Covid-19 sedia ada. Semua inisiatif ini memperlihatkan komitmen serius Kerajaan Negeri dalam usaha mengawal dan mengekang wabak sepenuhnya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan, hari ini.

Pada 27 November lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan ujian Covid-19 terhadap pekerja asing dijalankan berperingkat dan bersasar di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan, bermula 1 Disember.

Katanya, mekanisme pelaksanaan saringan itu termasuk majikan perlu mengatur janji temu dengan fasiliti kesihatan swasta bagi ujian Covid-19 kaedah RTK- Antigen.


Pengarang :