Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan kepada penerima ketika Program Serahan Sumbangan DUN Sungai Tua dan HIJRAH Masjid An Nur, Kampung Wira Damai, Batu Caves pada 13 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Kestabilan politik mudahkan usaha bantu rakyat

GOMBAK, 13 DIS: Kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri membolehkan usaha membantu golongan terjejas akibat Covid-19 berjalan lancar, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berbeza dengan negeri lain, keutuhan serta muafakat dalam kalangan pemimpin di Selangor amat baik serta memudahkan perancangan pasca Covid-19.

“Kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil, sebab itu kita kena pertahankan mandat yang ada serta kukuhkan muafakat.

“Kerajaan yang tidak stabil menyebabkan wujudnya perasaan curiga antara satu sama lain, apabila tidak puas hati mula tukar kerajaan dan kita tidak mahu keadaan ini berlaku di Selangor,” katanya berucap pada Siri Jelajah DUN Sungai Tua hari ini.

Beliau turut berkongsi kejayaan Selangor sebagai negeri paling awal mengumumkan bantuan kepada golongan sasaran menerusi pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin berjumlah RM127.8 juta pada 20 Mac.

Pada 1 April Kerajaan Negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua berjumlah RM272.5 juta diikuti pelan pemulihan ekonomi negeri jangka sederhana berjumlah RM260.14 juta pada 13 Julai yang memanfaatkan 3.5 juta rakyat di negeri ini.


Pengarang :