Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan kunci van jenazah serta gimik penyerahan van ketika Program Serahan Sumbangan DUN Sungai Tua dan HIJRAH di Masjid An Nur, Kampung Wira Damai, Batu Caves pada 13 Disember 2020. Foto: REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Sasar wujud 15,000 peluang kerja 2021, tangani pengangguran

SHAH ALAM, 13 DIS: Sebanyak 15,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Selangor pada tahun depan menerusi pelbagai usaha menangani pengangguran, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut adalah melaksanakan Program Selangor Kerjaya, Jom Kerja, Inisiatif Selangor Automotif TVET dan Selangor Freelancers

“Selangor Kerjaya dan Jom Kerja menawarkan sekitar 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

“Kerajaan Negeri juga membantu graduan teknologi automotif mendapat kerja menerusi program padanan kerja di bawah inisiatif Selangor Automotif TVET,” katanya ditemui pemberita selepas mengadakan Siri Jelajah DUN Sungai Tua hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga membantu graduan dan individu diberhenti kerja menjana pendapatan menerusi pelbagai platform.

Pada 30 Oktober Amirudin berkata sejumlah RM76 juta diperuntuk bagi bagi membantu rakyat yang hilang pekerjaan susulan penularan Covid-19.


Pengarang :