Program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 441 kes Covid-19, satu jangkitan import

SHAH ALAM, 20 DIS: Selangor merekodkan 441 kes positif Covid-19 hari ini, meningkat berbanding 401 yang dilaporkan semalam menjadikan keseluruhan 24,465.

Ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu daripada kes baharu adalah jangkitan import manakala selebihnya penularan tempatan.

“Sebanyak 128 kes daripada kluster sedia ada, 200 kes saringan kontak rapat kepada kes positif manakala 112 kes melalui lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan satu kes import di Hulu Selangor membabitkan pengembara dari India.

Tambahnya, seramai 306 pesakit pulih menjadikan keseluruhan sembuh sebanyak 16,104.

“Angka kematian pula kekal 35 orang dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 8,326,” menurut perkongsian data jabatan itu di Facebook.

Hari ini, kes positif dalam negara kekal empat angka apabila mencatat 1,340 kes menjadikan jumlah kumulatif 93,309.


Pengarang :