Pelanggan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di sebuah restoran sekitar Shah Alam pada 14 Oktober 2020. Pembelian makanan digalakkan secara bungkus dan pemakanan di premis hanya terhad dua orang satu meja. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiada had jumlah pelanggan di meja makan mulai hari ini

SHAH ALAM, 9 DIS: Pelanggan restoran dibenar duduk lebih dua orang bergantung kepada saiz meja bermula hari ini, kata menteri kanan (pertahanan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara penting adalah pemilik restoran dan pelanggan perlu menjaga penjarakan fizikal.

“Kalau meja panjang atau meja bulat besar boleh muat sehingga 10 pelanggan, kita benarkan tetapi mesti ada jarak antara satu sama lain.

“Keputusan ini dibuat selepas kita mendengar pandangan pengusaha restoran namun ingin saya tekankan perkara paling penting adalah kita jaga kita,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada 13 Oktober kerajaan memutuskan dua orang sahaja dibenar setiap meja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Pengarang :