Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 di Selangor kekal empat angka

SHAH ALAM, 18 JAN: Selangor merekodkan 1,213 kes harian Covid-19, menurun berbanding 1,314 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 552 kes melibatkan penularan kluster, 360 kes saringan kontak rapat, 300 kes saringan lain-lain dan satu kes import.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Selangor iaitu Kluster Taman Tasik Sungai Chua.

“Seramai 147 individu kluster ini telah disaring dengan 60 daripadanya dikesan positif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia merekodkan 3,306 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif sebanyak 38,791.

Selain itu 2,293 pesakit pulih manakala 226 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 


Pengarang :