AGENDANASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0370/0430 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini berikutan kes Covid-19 di peringkat tempatan yang melonjak kepada paras tertinggi harian sejak bermulanya pandemik tersebut.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0370/0430 berbanding dolar AS daripada 4.0350/0410 semasa ditutup pada Khamis.

Mengulas mengenai prestasi dolar AS, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata peningkatan jumlah kes yang dilaporkan telah mewujudkan kebimbangan mengenai kemungkinan dilaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0450/0506 daripada 3.0508/0563 pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.9482/9567 daripada 4.9501/9583.

Unit tempatan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8866/8935 daripada 3.8955/9021 semalam dan rendah berbanding pound kepada 5.4730/4831 daripada 5.4848/4941.

– BERNAMA


Pengarang :